Kassem. Sedap suaranya. Beralun-alun. Ton tingginya. Rendah pun ada. Habis persembahan, tepuk-tepuk berkumandang di setiap penjuru pentas. Di luar TV pun sama. Ramainya yang menyokong. Dia senyum-senyum.
"Err...apa nama awak?"
"Kassem, bang"
"Ouh ye. Kassem. Suara awak just ok. Pitching boleh lah. Cuma gaya tu tak bape nak kena lah. Macam tak rock sangat. Lagi satu mood....awak tak bagi mood sebenar dalam nyanyian awak tadi. Dan, awak ni macam tak konfiden je. Cuba bawa mood dan rasa konfiden tu sekali dalam lagu, barulah kami ni rasa sama. Baru ada feel!!!! (dan...bla..bla..bla...)
Kassem. Angguk-angguk. Senyum. Pusing ke belakang pentas.
--------------
Tu satu contoh. Saya ulang: CONTOH!
Contoh apa? Aaa...contoh dunia sekarang nilah. Yang asyik dimomok hiburan. Saya ulang: HIBURAN!
"Alah, bukan teruk sangat pun. Cuma nak berhibur, nak keluarkan bakat yang ada. Nak asah lagi keyakinan diri. Nak meramaikan lagi industri tanah air. Nak tolong mak ayah yang susah"
(Nak...)
Banyak lagi reason atau alasannya. Tapi, ngape dengan cara hiburan? Hiburan je kah yang ada unsur-unsur membina keyakinan, melahirkan popular, glamour, memberi duit????
Itu je kah bakat yang Orang Malaysia ada?
--------------
Ia, alasan asasnya mungkin begini. "Kita akan lebih maju dan cemerlang jika kita buat sesuatu yang kita suka dan mahu"
Contohnya melalui hiburanlah. Rata-rata mahu ketengahkan bakat yang terpedam. Ada bakat seni dari salasilah tok moyang, bapak dan mak. Lantas, peluang pun dipenuhi. Ada banyak betul pertandingan dan program berbentuk realiti TV yang mahu merealisasikan harapan dan impian mereka yang mengatakan diri mereka itu berbakat.
Saya: TAK KECAM! Saya: Tak bantah. Cuma mahu kata yang saya "penat" melihat arus perdana di Mlaysia.
Lihatlah! Semua orang mahu dikenali melalui hiburan dan seni. Bukan salah. Tak salah cara begitu. Tapi, mengapa terlalu ramai yang mahu menyanyi? Mengapa ramai sangat yang mahu mengetengahkan bakat dalam hiburan?
Itu je kah bakat dan potensi yang rakyat Malaysia ada??
(Letih!)
--------------
Nyanyilah, tak salah. Tapi, melihat nasib mereka-mereka yang umpama serpihan dalam dunia hiburan, hati saya mahu menangis. Sedihnya. Mengapa ada manusia yang menderita dalam dunia glamournya?
Natijahnya terlalu sakit dan pedih. Ada yang kerap bungkus! Gulung tikar! Duit hanya cukup nak balik kampung! Keje tak menentu sedang anak dah makin ramai! Mengapa mahu lagi berseni dan menyanyi? Mengapa makin ramai lagi nak naik pentas dan berlakon dalam realiti TV??
Ia, tak cuba tak tahu. Macam MAWI. Dia pun tak kan sangka yang hidupnya akan glamor begini. Macam orang lain juga. Kata mereka, yang penting usaha.
Tapi, banyak juga yang usaha-usaha...tapi still tak dapat hasilnya. Aaa...jadilah serpihan je dari bintang-bintang yang sedia berkerlipan dalam dunia libur dan hibur tanah air kita.
--------------
Saya menulis demi sebuah pandangan. Saya mahu ajak orang yang ada kena mengena untuk sama fikir-fikir. Diri yang telah Tuhan ciptakan, begitulah banyak potensi. Yang jika tak dicari, takkan dijumpa. Potensi kita bukan satu atau dua, tapi banyak. Terlalu banyak.
Jika kita fikirkan masa depan, kita akan bersiap sedia dengan segala kemungkinan. Jika kita dapat lihat apa yang malang dalam hiburan, KELUARlah...dan cari arah yang lebih menjanjikan nikmat hidup.
Jadi manusia yang menyumbang dengan segala potensi yang ada. Yang belajar terutamanya. Habiskan belajar, tamatkan pengajian. Cari kerja, bagi mak ayah duit. (PLUS!!!) Bukan hiburan je yang menjanjikan duit. Jika rajin, jika mahu berfikir dalam-dalam...jika mahu berjaya, ANDA pasti temui jalannya.
Carilah! Dunia Tuhan teramat luas. Penuh rezeki dan kehidupan yang tenang.
(buat apa membina rumah di tepi lautan, jika tau Tsunami akan selalu mendatang!)
4 comments:
Assalammualaikum.Terjumpa blog anda dan tertarik dengan perkara "hiburan". Nampaknya bukan anda sahaja yang berpandangan begitu,ramai lagi. Nampaknya dunia orang Melayu (sebab Melayu yang ramai)sekarang ini digula-gulakan dengan hiburan yang amat melalaikan, jomheboh sana, jomheboh sini, gantzstar sana,one in a million...berlambak-lambak dengan hiburan.Saya tak faham mengapa hiburan menjadi fokus hinggakan dari kanak-kanak sehingga orang dewasa "LENA". Sepatutnya sewaktu usia masih ada, kita berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan - ilmu dunia dan ilmu akhirat. Yang menjadi persoalan--apa pemimpin yang di atas buat? Apa tujuan towkey bidang hiburan ini? Semuanya menjurus untuk menjahanamkan bangsa Melayu...
wassalam :)
ptama kali saya nulis ttg idea ini, saya rasa 'terancam'. Heh, kemungkinan akan mendatangkan pelbagai andaian.
tapi saya cuba 'firm', dan cuba membuka jalan diskusi :)
kita sefikrah...saya juga ketandusan ide dalam melihat lambakan sosial kita menjadi manusia yg hanyut dlm hiburan. Impaknya maksima. Letih lihat anak2 muda, pun yg dewasa dan tua....berhibur aja mahunya. lihat, makin rapuh malaysia kini.
entahlah, saya cuba mengisi idea ini, saya mahu lanjutkan dengan faktor2 yang boleh dikenalpasti sbg punca merebaknya isu hiburan dlm malaysia :)
ramai yang berpandangan seperti kita, tapi ramai juga yang 'buta'. jangan cuma harapkan pemimpin, tapi ada sumbangan kita? macam along, dah tulis sesuatu. mastika pun dah kupas isu ni [sedang]. saya.. entahlah. sedangkan mastika yang selalu nak membantu orang melayu yang dalam minda sendiri ni dibangkitkan di parlimen, tapi tak jadi apa², saya rasa kecil untuk bersuara..
apa² pun, "pena lebih tajam dari mata pedang".
[tunggu]
org yang mungkin tak setuju :)
Post a Comment